Friday 22 April 2011

Usah lokek

Memang bagus jika kita tahu banyak perkara
Lagi bagus jika ape yang kita tahu kita praktiknya dalam kehidupan
Agar tak lupe, luput dek masa
Tapi sangat bagus jika kita kongsi
Tak kedekut ilmu sebarkan kepada yang kurang tahu
Tak perlu la simpan sorang-sorang
yang dibawa adalah amal daripada sumber ilmu

Tuesday 19 April 2011

Pabila dia mula berimaginasi...

“Nah!” sambil menghulur sesuatu kepada papa. “Takde ape pun.” “Nah!”sekali lagi sesuatu dihulurkan, tapi kali ini kepada mama pula. “Haziq bagi mama ape?”sambil tersenyum dia berlalu pergi. Kami berpandangan...Oooo Haziq dah mula pandai berimaginasi...

Esoknya pun sama, konon-konon dia bagi mama something...papa pun dapat...then mama pura-pura makan tapi dia pandang mama pelik. Alamak, ni mesti mama dah salah tafsir...Mungkin di mindanya bukan makanan yang dia bagi mama...
hmm...

Monday 4 April 2011

Exam itu datang lagi...

Hari ini, di saat ini, En. hubby sedang berada dalam dewan peperiksaan bagi melayakkannya mendapat pengesahan dalam perkhidmatan awam...InsyaAllah...Setelah 3 tahun berkhidmat, baru hari ini die berpeluang menghadirkan diri  untuk jawab soalan exam.

Actually...Tahun pertama dah panggil dah, tapi time tu kami sibuk ke hulu ke hilir uruskan anak yang tidak begitu sihat. Tahun ke-2 pun ade panggil jugak, tapi sudah tertulis En. hubby tidak dapat menghadirkan diri...Doaku dan harapanku moga kali ini segala urusan En. hubby dipermudahkan...