Tuesday 3 May 2011

...tanpa jam mahe...


Tanpa jam mahe
dari sesiape
itu tidak bermakna
dirimu tidak penting
itu tidak bermakna
dia melupakanmu
itu tidak bermakna
dirimu bukan sesiape di hatinya

Adik bongsuku
jika kau ingin faham
begitulah kisahnya jika sudah berumahtangga
bukan mahu melupakan
bukan mahu membuang jauh
bukan mahu memilih-milih
cuma kadangkala kesibukan, kepenatan dan kelelahan
membuat sesiapa saje boleh ‘hilang ingatan’

Adik bongsuku
tanpa jam mahe
aku tahu kau punya banyak lagi ‘sesuatu’ yang mahe nilainya
kau punya ramai kawan yang masih berhubung baik tanpa putus
kau punya banyak ilmu selamamu di menara gading
kau punya banyak pengalaman hasil pergaulanmu yang luas
kau punya kami...
...keluargamu yang sentiasa mendoakan yang terbaik untukmu...

2 comments:

Anonymous said...

betul tu..keluarga lah sebenarnya yang paling rapat dgn kita, walau jauh di mata, walau tanpa kata. walau tiada jasa yg ditabur,namun cukup sekadar masih ada keluarga yg sentiasa mengingati kita. apatah lagi sentiasa mandoakan kita..tanpa kita ketahuai..

Teratai Suci said...

:)