Friday 9 December 2011

Kehamilan minggu ke-37

Pejam celik pejam celik
tak sedar usia kandunganku dah masuk minggu ke-37 hmm.....
kalau anak yang pertama dulu, minggu ke-38 dah keluar :)

2 hari lepas aku dah mula rasa sakit
bermula jam 9 pagi sampai 12 tengah hari, fuuu.....3 jam tu
rasa macam kembang kuncup kembang kuncup bahagian bawah perut
sakit tu datang tiap 15 minit
aku dah panik dah
isk takkan dah nak bersalin kot
mula rasa tak best bila fikirkan rumah yang tak berapa nak kemas tu :)

ni penangan si Haziq la
ntah kenapa dalam seminggu ni, hari-hari dia tido lewat
jam 12 malam dia boleh main lagi kat ruang tamu
pernah sekali tu dah 12.45 pun tak tido lagi
isk...malam tadi aku pakse dia tido
mula-mula dia nangis lepas tu terlelap jugak
barang mainan dia...ah biarlah dulu...
nanti-nanti aku kemas :)

kalau kandungan yang pertama dulu
aku rase teruja sangat nak lalui detik-detik itu
tapi kali ni aku rasa panik pulak
ye la dah tau kan camne.....masih dalam ingatan...
'Allahu Akbar' tak putus-putus dari bibirku semasa pengalaman pertama dulu
doaku semoga kali ini segalanya dipermudahkan untukku
semoga Allah permudahkan kelahiran permata hatiku yang ke-2 ini
amin.....

No comments: