Friday 25 March 2011

Emosi ibu mempengaruhi bayi dalam kandungan


Aku ingin berkongsi sedikit pengalaman sepanjang tempoh kehamilan yang lepas, apa yang telah aku lalui dan kesannya juga kepercayaan dan pemahaman aku sendiri. Aku sangat bersetuju banyak perkara yang perlu dititik beratkan semasa menjalani tempoh kehamilan. Namun apa yang ingin aku tekankan di sini adalah kawalan emosi yang sangat menyumbang kepada pembentukan personaliti anak yang bakal dilahirkan.

Seorang ibu yang hamil dinasihatkan supaya melalui hari-hari kehamilannya dengan ceria tanpa bersusah hati. Walaupun terdapat beban kerja di pejabat mahupun di rumah, seboleh mungkin elakkan dari merasa tertekan. Ini kerana perlakuan dan emosi ibu sepanjang tempoh kehamilan turut mempengaruhi personaliti dan watak bayi apabila dilahirkan kelak.

Aku selalu memujuk hati supaya bersikap positif dan tidak begitu memikirkan segala perkara yang menyulitkan aku di waktu itu. Hasilnya anak yang aku lahirkan seorang yang ceria, suka ketawa, jarang menangis, tak banyak ragam dan mudah kubawa ke mana sahaja.

2 comments:

Teratai Suci said...

yeaaahhhhh...haziq budak baik macam cik ma dia....hahaha

mamaeideir said...

:P