Friday 25 March 2011

Pendekatan dalam mendidik anak

Setiap ibubapa pasti ada cara tersendiri dalam membesar dan mendidik anak-anak. Ada yang memilih untuk bertegas dan tak kurang juga yang memilih untuk menggunakan pendekatan secara lembut. Apa jua pilihan pasti ianya akan menyumbang dalam pembentukan personaliti anak-anak. Apa pun pendapat yang kita dengar mari kita lihat pendekatan yang disarankan oleh Rasulullah s.a.w yang menyatakan ada empat tahap mendidik anak iaitu:

TAHAP PERTAMA
Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (~6 tahun)
Hendaklah dibelai, diberi penuh kasih sayang dan selalu bergurau senda.

TAHAP KEDUA
Anak berumur 7 tahun sehingga baligh (~14 tahun)
Hendaklah dididik dengan arahan, disiplin dan diberi tanggungjawab.

TAHAP KETIGA
Anak berusia 15 tahun hingga dewasa (~21 tahun)
Hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi tidak bertentangan dengan .

TAHAP KEEMPAT
Anak berusia lebih daripada 21 tahun
Hendaklah diberi kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat. Ibu bapa hanya perlu menjadi penasihat agar segala tindakan mereka terkawal.

2 comments:

Teratai Suci said...

okey, aku d thp ke 4, t kamu ckp kat mak jgn byk membebel dan biarkan aku ke mane2 je aku nak pegi, jangan sekat2...hehe

mamaeideir said...

:)