Friday 11 March 2011

Kejutan di usiamu 1 tahun 4 bulan




Pernah satu hari, anakku sedang asyik menonton tv. Aku tak pasti cerita atau rencana apa. Tapi yang pasti adalah mengenai kereta. Wau! Kecil-kecil lagi dah tunjuk minat pada kereta ye, anak laki-lakilah katakan... Aku sengaja mencuri perhatiannya, memulakan perbualan. Eh macamlah anakku itu dah pandai berborak,hehehe.

Antara dialogku..."Oooo....anak mama suke kereta ye. Kalau macam tu, nanti dah sekolah anak mama kena belajar rajin-rajin. Boleh masuk universiti then boleh beli kereta besar."Tanpa aku duga, anakku terus menuding jari menunjuk ke arah kereta mainannya. Tak la besar mana, tapi kereta itulah yang dinaikinya dalam rumah hari-hari tanpa rasa jemu. Aku betul-betul rasa teruja! Anakku telah memahami tutur kataku...... Pasti dia maksudkan...
"Mama, Haziq dah ade kereta tu...

No comments: