Friday 11 May 2012

Warna najis bayi menunjukkan tahap kesihatannya

Selama empat bulan aku berikan susu ibu sepenuhnya kepada bayiku. Masuk bulan kelima aku yakin bayiku tidak mendapat susu yang secukupnya bilamana dia nampak tak puas dan selalu merengek.

Pening jugak nak buat pilihan susu formula mana nak beli. Tambahan pula tengok harganya pun buat aku berkira-kira mampu ke tidak. Akhirnya aku pilih susu formula S26.

Tapi En. hubby tak berkenan dan bertukar pula kepada susu Snow. Bayiku pula tak berapa nak susu tu, tak laju macam dia minum S26....dan najis dia pun warna dari kuning tukar jadi hijau.

Aku mula rasa bimbang dan tukar pula kepada susu Lactogen. Hari ni baru first day. Harap-harap ok la. Bimbang tak bimbang, tukar tak tukar, aku tetap search kat internet kenapa najis bayi warna hijau? Ini yang aku jumpa. Jom bace.....

Warna najis menunjukkan tahap kesihatan bayi anda.

Hitam kehijauan (newborn)
Bagi beberapa hari pertama selepas kelahiran, bayi anda akan membuang najis yang mengandungi meconium. Ini merupakan bahan melekit berwarna hitam kehijauan yang berkumpul dalam usus bayi anda semasa kehamilan dan komposisinya ialah hempedu, mukus, sel dari dinding usus, rembesan dan cecair amnion. Meconium adalah petanda bahawa usus bayi anda berfungsi dengan baik, maupun sukar untuk menanggalkan kotoran itu dari punggung bayi . Selepas beberapa hari tempoh penyusuan, bilamana semua meconium telah dikeluarkan, warna najis akan menjadi hijau kecoklatan, lembut dan berbiji sebelum menjadi lebih kekuningan.

Kuning
Warna ini adalah normal bagi bayi yang hanya diberikan susu ibu, tiada campuran dengan susu formula. Najis berbau ringan dan tidak busuk.

Hijau
Masih dalam kategori normal. Sekiranya warna ini masih berterusan itu menunjukkan ibu menyusukan bayi dengan cara yang tidak betul dan menyebabkan ketidakseimbangan foremilk / hindmilk. Foremilk adalah susu yang lebih nipis, lebih rendah lemak yang diterima bayi pada awal suapan. Manakala hindmilk pula ialah bahagian susu yang terkemudian yang tinggi lemak. Dinasihatkan seelok-eloknya susuilah bayi anda sehingga payudara anda agak ringan barulah beralih kepada payudara yang satu lagi.

Kelabu
Kategori tidak normal dan segeralah bawa bayi anda berjumpa doktor. Warna kelabu menunjukkan terdapat gangguan serius pada hati, hempedu dan usus bayi.

No comments: