Friday, 22 April 2011

Usah lokek

Memang bagus jika kita tahu banyak perkara
Lagi bagus jika ape yang kita tahu kita praktiknya dalam kehidupan
Agar tak lupe, luput dek masa
Tapi sangat bagus jika kita kongsi
Tak kedekut ilmu sebarkan kepada yang kurang tahu
Tak perlu la simpan sorang-sorang
yang dibawa adalah amal daripada sumber ilmu

Tuesday, 19 April 2011

Pabila dia mula berimaginasi...

“Nah!” sambil menghulur sesuatu kepada papa. “Takde ape pun.” “Nah!”sekali lagi sesuatu dihulurkan, tapi kali ini kepada mama pula. “Haziq bagi mama ape?”sambil tersenyum dia berlalu pergi. Kami berpandangan...Oooo Haziq dah mula pandai berimaginasi...

Esoknya pun sama, konon-konon dia bagi mama something...papa pun dapat...then mama pura-pura makan tapi dia pandang mama pelik. Alamak, ni mesti mama dah salah tafsir...Mungkin di mindanya bukan makanan yang dia bagi mama...
hmm...

Monday, 4 April 2011

Exam itu datang lagi...

Hari ini, di saat ini, En. hubby sedang berada dalam dewan peperiksaan bagi melayakkannya mendapat pengesahan dalam perkhidmatan awam...InsyaAllah...Setelah 3 tahun berkhidmat, baru hari ini die berpeluang menghadirkan diri  untuk jawab soalan exam.

Actually...Tahun pertama dah panggil dah, tapi time tu kami sibuk ke hulu ke hilir uruskan anak yang tidak begitu sihat. Tahun ke-2 pun ade panggil jugak, tapi sudah tertulis En. hubby tidak dapat menghadirkan diri...Doaku dan harapanku moga kali ini segala urusan En. hubby dipermudahkan...

Friday, 25 March 2011

Emosi ibu mempengaruhi bayi dalam kandungan


Aku ingin berkongsi sedikit pengalaman sepanjang tempoh kehamilan yang lepas, apa yang telah aku lalui dan kesannya juga kepercayaan dan pemahaman aku sendiri. Aku sangat bersetuju banyak perkara yang perlu dititik beratkan semasa menjalani tempoh kehamilan. Namun apa yang ingin aku tekankan di sini adalah kawalan emosi yang sangat menyumbang kepada pembentukan personaliti anak yang bakal dilahirkan.

Seorang ibu yang hamil dinasihatkan supaya melalui hari-hari kehamilannya dengan ceria tanpa bersusah hati. Walaupun terdapat beban kerja di pejabat mahupun di rumah, seboleh mungkin elakkan dari merasa tertekan. Ini kerana perlakuan dan emosi ibu sepanjang tempoh kehamilan turut mempengaruhi personaliti dan watak bayi apabila dilahirkan kelak.

Aku selalu memujuk hati supaya bersikap positif dan tidak begitu memikirkan segala perkara yang menyulitkan aku di waktu itu. Hasilnya anak yang aku lahirkan seorang yang ceria, suka ketawa, jarang menangis, tak banyak ragam dan mudah kubawa ke mana sahaja.

Pendekatan dalam mendidik anak

Setiap ibubapa pasti ada cara tersendiri dalam membesar dan mendidik anak-anak. Ada yang memilih untuk bertegas dan tak kurang juga yang memilih untuk menggunakan pendekatan secara lembut. Apa jua pilihan pasti ianya akan menyumbang dalam pembentukan personaliti anak-anak. Apa pun pendapat yang kita dengar mari kita lihat pendekatan yang disarankan oleh Rasulullah s.a.w yang menyatakan ada empat tahap mendidik anak iaitu:

TAHAP PERTAMA
Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (~6 tahun)
Hendaklah dibelai, diberi penuh kasih sayang dan selalu bergurau senda.

TAHAP KEDUA
Anak berumur 7 tahun sehingga baligh (~14 tahun)
Hendaklah dididik dengan arahan, disiplin dan diberi tanggungjawab.

TAHAP KETIGA
Anak berusia 15 tahun hingga dewasa (~21 tahun)
Hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi tidak bertentangan dengan .

TAHAP KEEMPAT
Anak berusia lebih daripada 21 tahun
Hendaklah diberi kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat. Ibu bapa hanya perlu menjadi penasihat agar segala tindakan mereka terkawal.

Wednesday, 23 March 2011

Bangkitkan rasa seronok anak menggosok gigi


Terkenang time memula ajar Haziq gosok gigi.
Nampak dia teruja sangat... Nak pulak berus giginye yg cute dan berwarna-warni.
Tapi untuk sekali dua je dia dengar cakap. Lepas tu, taknak lagi mama buatkan. Dia nak gosok gigi sendiri.

Jenuh dah ajar dia berkumur. Tapi tiap kali itu jugalah air dan ubat gigi ditelannye...Sedap la kot rasa strawberry. Ntah kenapa semalam nak pulak dia dengar cakap. Pandai dah dia berkumur. Pasti aku lah insan yang paling happy...so... untuk membuat die lagi seronok gosok gigi aku nak mulakan something bermula malam ni, gosok gigi sambil nyanyi...lalalala.....Guna tune lagu Mulbery Bush


This is the way I brush my teeth
I brush my teeth
I brush my teeth
This is the way I brush my teeth
Early in the morning


Versi Bahasa Melayu
Ini cara gosok gigi
Gosok gigi, gosok gigi
Ini cara gosok gigi
Setiap hari

Friday, 18 March 2011

1,2,3,4......ape tu

Hari ini genap usia anakku 1 tahun 6 bulan 19 hari. Erm...Dah boleh la sikit buat kawan borak. Kawan gelak tu memang selalu sangat...Nak pulak dia ni memang seorang yg mudah sangat ketawa dan juge suke menggelakkan orang...hehehe perangai sape la die ikut tu. Bukan aku sorang je kate, tapi pengasuhnye dan bekas2 pengasuhnye juga cakap macam tu.

Pengasuhnye yang pertame, aku panggil Kak Ain. Orangnye baik, lembut, cantik dan sangat pandai jaga budak. Tapi sayang dia pulak pindah balik kampung. Nak buka bisnes katenye, kedai makan. Ok la tu satu penghijrahan yg bagus.

Pengasuhnye yang kedua pulak, namenye...erm...aku rase Kak Ros kot. Aii camne aku bleh lupe ni, ni mesti sebab die tak berjaya menambat hatiku. Ade ke patut, bayar penuh dulu baru die nak jage? Lagi aku tak lupe, dah bayar penuh, boleh plak minta resign kate nak jadi cikgu tadika. Tapi aku halalkan lah sebab die pun dah jage anak aku beberape bulan.

Pengasuh yg ketiga plak aku panggil Kak Ita, orang Sabah bah. Comel dan lemah-lembut orangye tapi aku pulak yang pindah rumah.

Kini pengasuh yg keempat, aku panggil Kak Milah. Bersifat keibuan, dan yg paling aku suke tengok anak-anak die pandai hormat org tue. Alhamdulillah, aku harap biarlah Kak Milah mengasuhnye sampai ke besar. Lagi pun rumah kami dekat sgt...