Friday, 11 May 2012

Warna najis bayi menunjukkan tahap kesihatannya

Selama empat bulan aku berikan susu ibu sepenuhnya kepada bayiku. Masuk bulan kelima aku yakin bayiku tidak mendapat susu yang secukupnya bilamana dia nampak tak puas dan selalu merengek.

Pening jugak nak buat pilihan susu formula mana nak beli. Tambahan pula tengok harganya pun buat aku berkira-kira mampu ke tidak. Akhirnya aku pilih susu formula S26.

Tapi En. hubby tak berkenan dan bertukar pula kepada susu Snow. Bayiku pula tak berapa nak susu tu, tak laju macam dia minum S26....dan najis dia pun warna dari kuning tukar jadi hijau.

Aku mula rasa bimbang dan tukar pula kepada susu Lactogen. Hari ni baru first day. Harap-harap ok la. Bimbang tak bimbang, tukar tak tukar, aku tetap search kat internet kenapa najis bayi warna hijau? Ini yang aku jumpa. Jom bace.....

Warna najis menunjukkan tahap kesihatan bayi anda.

Hitam kehijauan (newborn)
Bagi beberapa hari pertama selepas kelahiran, bayi anda akan membuang najis yang mengandungi meconium. Ini merupakan bahan melekit berwarna hitam kehijauan yang berkumpul dalam usus bayi anda semasa kehamilan dan komposisinya ialah hempedu, mukus, sel dari dinding usus, rembesan dan cecair amnion. Meconium adalah petanda bahawa usus bayi anda berfungsi dengan baik, maupun sukar untuk menanggalkan kotoran itu dari punggung bayi . Selepas beberapa hari tempoh penyusuan, bilamana semua meconium telah dikeluarkan, warna najis akan menjadi hijau kecoklatan, lembut dan berbiji sebelum menjadi lebih kekuningan.

Kuning
Warna ini adalah normal bagi bayi yang hanya diberikan susu ibu, tiada campuran dengan susu formula. Najis berbau ringan dan tidak busuk.

Hijau
Masih dalam kategori normal. Sekiranya warna ini masih berterusan itu menunjukkan ibu menyusukan bayi dengan cara yang tidak betul dan menyebabkan ketidakseimbangan foremilk / hindmilk. Foremilk adalah susu yang lebih nipis, lebih rendah lemak yang diterima bayi pada awal suapan. Manakala hindmilk pula ialah bahagian susu yang terkemudian yang tinggi lemak. Dinasihatkan seelok-eloknya susuilah bayi anda sehingga payudara anda agak ringan barulah beralih kepada payudara yang satu lagi.

Kelabu
Kategori tidak normal dan segeralah bawa bayi anda berjumpa doktor. Warna kelabu menunjukkan terdapat gangguan serius pada hati, hempedu dan usus bayi.

Tuesday, 8 May 2012

Selamat Hari Pekerja

Hari ini merupakan sambutan Hari Pekerja UPM 2012 bertempat di Pusat Kebudayaan dan Keseniaan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Julung-julung kalinya diadakan bagi mengiktiraf dan menghargai sumbangan para pekerja. Ada la beberapa anugerah diberi kepada yang layak. Tahniah! Tahniah! Tahniah!
Tahun ini temanya ialah Pekerja Berinovatif Penggerak Transformasi.

Agak lama la juga aku tak melangkah ke dewan tu. Last rasanya waktu Majlis Gemilang Putra dulu. Tu pun aku datang setelah majlis selesai hehehe pergi makan je la ni. Tapi kali ni bermula majlis sampai berakhirnya majlis aku ada kat sana. Detik menyanyikan lagu UPM aku rasa semangatnya lain. Bersungguh aku nyanyi, dengan suara ala-ala erm apa ye nak sebut…..Ah lupakan hehehe.
Sebenarnya semangat tu datang bersama memori 10 tahun lepas :)

Apa je yang aku dapat hari ni? Aku rasa seolah-olah disuntik satu semangat yang baru. Banyak la yang aku dapat. Malas nak tulis…..Tapi aku tertarik dengan dialog yang terdapat dalam persembahan teater tu. Lebih kurang bunyinya begini…..

Kerja kerja kerja
Ingati saat mula dapat kerja
Bukan main semangat buat kerja
Kerja orang pun dia nak buat
Takde OT pun takpe buat  kerja lebih masa
Tapi bila dah dapat taraf tetap
Punch card dia staf lain yang tolongkan
Minum dulu buat kerja kemudian

Hehehe elok la sangat pada siapa-siapa yang berkenaan.

Monday, 7 May 2012

Ajar anak anda melukis

        
          Usia 12-30 bulan.
  1. Sediakan pensil warna dan kertas lukisan.
  2. Jelaskan kepada anak bahawa anda mahu melukis bersama mereka.
  3. Mulakan dengan melukis satu garisan lurus dan melengkung.
  4. Minta anak pilih warna yang disukainya dan tiru seperti yang anda lakukan.
  5. Buat garisan dengan pelbagai warna sehingga penuh kertas lukisan – lakukan bersama anak.
  6. Setelah selesai minta anak sebutkan setiap warna garisan dengan kuat.
  7. Jika anak anda pada peringkat ini dapat menarik garisan menegak atau mendatar atau bulatan, anda perlu memuji mereka dengan baik.
  8. Setelah selesai gantungkan pada peti sejuk atau mana-mana sudut yang sesuai untuk tatapan bersama.

Latih anak kecil ke tandas

Dah lebih kurang dua minggu, Haziq tak pakai lampin pakai buang…hoho poyo je rasa sebut camtu. Aku suka sebut pampers walaupun tak pakai brand tu.
Ok sambung balik ayat…Haziq tak pakai pampers bila berada di rumah kecuali waktu malam, sebab nak tido. Naya ko mau banjir esok pagi.
Ok la boleh diharap la juga.

Ada la sekali dua terbabas hehehe aku la yang kena….. sekali terkena, aku rileks lagi. Masuk kali ke dua, tak boleh jadi ni….. Agak-agak tangki dia dah penuh,
aku kerah dia ke bilik air. Aku cakap kat dia kalau nak pakai spenda macam papa, Haziq tak boleh kencing dalam pampers atau merata-rata dalam rumah. Kena lekas ke toilet…..senyum simpul dia…..sambil katanya dah besar ni…..Ye la sayang, memang dah besar pun….. Usianya 2 tahun 8 bulan 10 hari.

Monday, 30 April 2012

Pejamkan matamu


Sepasang mata

Ku tahu kau keliru

Dengan apa yang kau tatap

Pejamkan matamu

Usah kau lihat

Titis air yang jatuh…

Tuesday, 3 April 2012

Hospital kerajaan punya cerita...

Rabu yang lepas aku ke hospital kerajaan untuk temujanji anak yang sulong. Kami sampai dalam jam 8.45 pagi. Macam biasa la kena ambil nombor untuk pendaftaran, then sekali lagi ambil nombor untuk berjumpa doktor di bahagian Klinik Pediatrik. Nombor yang aku dapat 2016. Kalau tak silap la…tapi yang pasti berakhir …16.

Temujanji jam 9 pagi. Bermula la…..sesi menunggu…..Sampai dah jenoh la anak aku panjat turun panjat turun papan gelongsor, jemu yang itu naik kuda pulak….. Tunggu punya tunggu punya tunggu, tak dipanggil-panggil jugak. Sampai anak aku pun dah tanya “Nape nombor Haziq tak kuar lagi mama?”

Time tu dah 11 pagi. Memang aku dah perasan, apasal la nombor melompat-lompat dipanggil, tak ikut turutan.Tapi aku sabarkan jugak hati…mungkin ikut kes kot, ye lah bilik-bilik doktornye banyak… Lagi pun selalu pun memang begitu…Tapi kali ni memang pelik dan melampau… So aku pun ringankan bontot pergi kaunter tanya nurse setelah skrin memanggil nombor 2026“ Kenapa nombor saya tak panggil-panggil lagi ni? Tolong check nombor 2016.”

Jawabnye “ Minta maaf puan, nombor ni salah. Takde dapat nombor lain ke?” Hohoho…Dapat tak u all bayangkan apa perasaan aku time tu? Takpe-takpe sabar-sabar…Nurse tu cakap lagi “Tunggu kejap ye, doktor dah ade, nanti kami panggil… Fine! Aku pun duduk dulu. Jam dah 11.30 pagi. Anak aku dah merengek. Tak pandang dah kuda ke papan gelongsor ke. Sesi melalak pulak dia buat…

Sekali lagi bontot aku jadi ringan. Agak bernada tinggi “Doktor ni ade ke tidak?” tak sempat dijawab, aku tambah lagi… “U all yang bagi saya nombor salah, kenapa saya pula yang perlu tunggu 2-3 jam?... bla…bla…bla… Datang la sorang nurse senior tanya aku kenapa, urusan ape then bawa aku ke ruangan bilik-bilik doktor. Hmm…….

Moral of the story…..Sabar itu perlu ada semasa berurusan dengan hospital kerajaan. Namun ketegasan dan kelezeran itu diperlukan bagi berhadapan dengan mereka yang buat kerja nak tak nak ni. So hari tu semua selesai dalam jam 1.30 pm. Urusan yang selalu berlangsung dalam 3 jam dah mencecah 5 jam. Hmm….

Balik rumah kenang-kenang balik situasi kat hospital rase nak tergelak pun ade. Teringat pada kata-kata adik lelaki aku satu ketika dulu…Time tu 2 minggu selepas melahirkan anak yang sulong. Dia dok kat kerusi, pakai kain pelekat sambil mendodoi anak aku dalam kain pelekat yang dia pakai. Sangat kreatif. Tentulah aku menjeling, bimbang anak jatuh. Then dia cakap “ Kak,aku tengok rupe kamu macam ibu ayam yang anak kecilnye dihampiri orang.” Hohoho….Mulut ko boleh tahan ye… Nasihat aku pada mak-mak kat luar sane toksah marah-marah la…hodoh! Pandai nasihat orang :)

Thursday, 22 March 2012

Best ke tidak...

Hmm...tinggal 4 hari je lagi.
Untung jadi orang pompuan ni, beranak je cuti, beranak je cuti...3 bulan plak tu! Berehat sakan la aku. Ye ke..
Berehat la sangattt.....Hehe...tapi takde la penat dan sibuk mana pun...

Minggu depan dah start keje.Hmm...
Mana lagi best, keje ke dok umah?
Dok umah best kalau bulan-bulan duit masuk...Hohoho
Banyak cantik muke aku.
So best tak best tetap kene pergi keje...