Friday 9 December 2011

Kehamilan minggu ke-37

Pejam celik pejam celik
tak sedar usia kandunganku dah masuk minggu ke-37 hmm.....
kalau anak yang pertama dulu, minggu ke-38 dah keluar :)

2 hari lepas aku dah mula rasa sakit
bermula jam 9 pagi sampai 12 tengah hari, fuuu.....3 jam tu
rasa macam kembang kuncup kembang kuncup bahagian bawah perut
sakit tu datang tiap 15 minit
aku dah panik dah
isk takkan dah nak bersalin kot
mula rasa tak best bila fikirkan rumah yang tak berapa nak kemas tu :)

ni penangan si Haziq la
ntah kenapa dalam seminggu ni, hari-hari dia tido lewat
jam 12 malam dia boleh main lagi kat ruang tamu
pernah sekali tu dah 12.45 pun tak tido lagi
isk...malam tadi aku pakse dia tido
mula-mula dia nangis lepas tu terlelap jugak
barang mainan dia...ah biarlah dulu...
nanti-nanti aku kemas :)

kalau kandungan yang pertama dulu
aku rase teruja sangat nak lalui detik-detik itu
tapi kali ni aku rasa panik pulak
ye la dah tau kan camne.....masih dalam ingatan...
'Allahu Akbar' tak putus-putus dari bibirku semasa pengalaman pertama dulu
doaku semoga kali ini segalanya dipermudahkan untukku
semoga Allah permudahkan kelahiran permata hatiku yang ke-2 ini
amin.....

Masih by Evenstarr

MASIH
by Evenstarr

Masihkah engkau ingati persahabatan sejati
Yang pernah engkau miliki
Inginkah engkau mengerti cinta kasih yang abadi
Yang tak pernah kau alami

Usah merasa sepi
Inginku ingatkan kau yang ku di sini
Kujanji bersama engkau
Tiap waktu kau perlukan ku
Inginku penuhi segala kerinduanmu
Lupakan kesedihanmu
Kini ku ada di sisi mu
Izinkan cintaku selubungi kalbumu

Nikmat kasih suci
Bagaikan merpati putih
Tulen, bebas berterbangan di ruangan
Yang penuh dgn cinta kasih yang pertama
Keriangan hati yang menyerlah tersebar
Kau dan aku bersama tuk selama-lamanya

Usah merasa sepi
Inginku ingatkan kau yang ku di sini
Kujanji bersama engkau
Tiap waktu kau perlukan ku
Inginku penuhi segala kerinduanmu
Lupakan kesedihanmu
Kini ku ada di sisi mu
Izinkan cintaku selubungi kalbumu

--------------- : ) -------------

dah lame aku cari lirik lagu ni
baru hari ni jumpe
besar maknenye lagu ni padaku
ditujukan khas oleh seseorang yang sangat istimewa...


Saturday 3 December 2011

Cheese cake

Hohoho...
first time ni buat cheese cake
nampak menjadi ke tidak?
yang pasti inilah rupenye kek tu...
erm...
actually hari ni besday my hubby
ops...dah terlepas sudah...
semalam lah besdaynye
tapi nak buat camne
banyak betul halangan :)
akhirnye tertunai juge hajat di hati...
suke sangat......
tapi takde deco2 la
last minit pun

kepada my hubby
hepi besday to u
moga abang sihat selalu
murah rezeki, panjang umur
dan hidup diberkati Allah
amin...

azi sayang abang!




Friday 2 December 2011

...kenapa...



...selalu begitu...
bilamana aku excited je nak buat sesuatu
dengan perasaan berbunga-bunga
aku pasti akan ditemani rasa hampa, kecewa.....akhirnya...

kenapa...

Monday 28 November 2011

Nyanyi sepenuh jiwa

Siti Nurhaliza - Kesilapan Ku, Keegoaan Mu

Besar kesilapanku besar lagi kesilapanmu
Hampa yang kau rasakan hampa lagi perasaanku
Kau cuba menyatakan aku
Membuat kesilapan
Yang tak mungkin kau maafkan lagi
Ku tak mungkin kau perlu di sisi

Besar kesalahanku besar lagi keegoanmu
Berkali ku beri alasan berkali-kali kau menolaknya
Kau ingin ku menyatakan
Diri ini bagai lilin
Dan terbakar oleh perbuatanmu

Suasana sepi kini menambahkan bening
Di dalam hatiku
Mengadil silapmu biar di jiwamu aku telah tiada
Di waktu begini diusik kenangan silam
Yang bertandang
Lalu ku biarkan
Ia menabahkan hati ini

Kekasihku cukup engkau buat ku begini
Luka ini usah engkau berdarahkan kembali
Aku masih cinta padamu
Aku masih setia padamu
Kembalilah engkau padaku seperti dahulu

Di dalam rindu ku menangis
Di dalam kalbu ku terasa
Teringatmu di kala derita
Yang memisahkan kita

Di dalam sedu ku berseru
Yang terukir di dalam hatiku
Kekasih bukalah pintu
Untuk sekali ini
Aku cinta kepadamu

Wednesday 2 November 2011

Hepi besday sayang...





Selamat hari lahir sayang...
baru hari ni mama sempat masukkan gambar ni dalam blog
bukan tak sempat tapi rasa malas...
mungkin pembawa budak : )
hari ni usia sayang dah 2 tahun 2 bulan 6 hari
semoga sihat-sihat selalu nak
mama sayang haziq sangat-sangat

Wednesday 4 May 2011

Kenangan bersama sepupu...

Eidil Haziq bersama Aidil Azfar.



Anis dan Auni pun ade...

Dah cucunye atok


Semalam aku membelek album gambar lama, bersama Haziq. Gambar sewaktu majlis pertunanganku empat tahun lepas. Kali ini,ntah yang ke berapa kali aku menyatakan ini gambar mama, ini papa....tapi yang menjadi perhatiannye tiap kali juga adalah gambar jeli hantaranku. Kalau la dia tau dalam peti sejuk ade sebalang lagi jeli macam tu, alamat tak bertutup la pintu peti sejuk kami.

Dalam banyak-banyak gambar, pandangannya tertumpu kepada satu wajah yang amat dikenalinya sambil jari comelnye menunjuk dan dia kata “tok”.......Memang la cucu atok, gambar atok yang kecil tu pun dia boleh cam. Kalau Haziq tak datang berhujung minggu ke rumah atok, pasti atok, nenek dan mak su akan menyusul ke rumah kami  : )

Tuesday 3 May 2011

Tiade kate-kate


Di satu malam yang lalu
aku jua pernah merasa apa yang kau rasa
.....tiada kate-kate.....

Di saat yang lain bergembira
di kala adikku segak bergaya
.....tiada kate-kate.....

Jauh sekali aku meminta
tak ingin jua mempersoalkannya
.....tiada kate-kate.....

Kek dipotong
hadiah dibuka
biarlah aku di sini
tak sanggup rasanye merosak malam itu
dengan warna-warni ku.....

...tanpa jam mahe...


Tanpa jam mahe
dari sesiape
itu tidak bermakna
dirimu tidak penting
itu tidak bermakna
dia melupakanmu
itu tidak bermakna
dirimu bukan sesiape di hatinya

Adik bongsuku
jika kau ingin faham
begitulah kisahnya jika sudah berumahtangga
bukan mahu melupakan
bukan mahu membuang jauh
bukan mahu memilih-milih
cuma kadangkala kesibukan, kepenatan dan kelelahan
membuat sesiapa saje boleh ‘hilang ingatan’

Adik bongsuku
tanpa jam mahe
aku tahu kau punya banyak lagi ‘sesuatu’ yang mahe nilainya
kau punya ramai kawan yang masih berhubung baik tanpa putus
kau punya banyak ilmu selamamu di menara gading
kau punya banyak pengalaman hasil pergaulanmu yang luas
kau punya kami...
...keluargamu yang sentiasa mendoakan yang terbaik untukmu...

Friday 22 April 2011

Usah lokek

Memang bagus jika kita tahu banyak perkara
Lagi bagus jika ape yang kita tahu kita praktiknya dalam kehidupan
Agar tak lupe, luput dek masa
Tapi sangat bagus jika kita kongsi
Tak kedekut ilmu sebarkan kepada yang kurang tahu
Tak perlu la simpan sorang-sorang
yang dibawa adalah amal daripada sumber ilmu

Tuesday 19 April 2011

Pabila dia mula berimaginasi...

“Nah!” sambil menghulur sesuatu kepada papa. “Takde ape pun.” “Nah!”sekali lagi sesuatu dihulurkan, tapi kali ini kepada mama pula. “Haziq bagi mama ape?”sambil tersenyum dia berlalu pergi. Kami berpandangan...Oooo Haziq dah mula pandai berimaginasi...

Esoknya pun sama, konon-konon dia bagi mama something...papa pun dapat...then mama pura-pura makan tapi dia pandang mama pelik. Alamak, ni mesti mama dah salah tafsir...Mungkin di mindanya bukan makanan yang dia bagi mama...
hmm...

Monday 4 April 2011

Exam itu datang lagi...

Hari ini, di saat ini, En. hubby sedang berada dalam dewan peperiksaan bagi melayakkannya mendapat pengesahan dalam perkhidmatan awam...InsyaAllah...Setelah 3 tahun berkhidmat, baru hari ini die berpeluang menghadirkan diri  untuk jawab soalan exam.

Actually...Tahun pertama dah panggil dah, tapi time tu kami sibuk ke hulu ke hilir uruskan anak yang tidak begitu sihat. Tahun ke-2 pun ade panggil jugak, tapi sudah tertulis En. hubby tidak dapat menghadirkan diri...Doaku dan harapanku moga kali ini segala urusan En. hubby dipermudahkan...

Friday 25 March 2011

Emosi ibu mempengaruhi bayi dalam kandungan


Aku ingin berkongsi sedikit pengalaman sepanjang tempoh kehamilan yang lepas, apa yang telah aku lalui dan kesannya juga kepercayaan dan pemahaman aku sendiri. Aku sangat bersetuju banyak perkara yang perlu dititik beratkan semasa menjalani tempoh kehamilan. Namun apa yang ingin aku tekankan di sini adalah kawalan emosi yang sangat menyumbang kepada pembentukan personaliti anak yang bakal dilahirkan.

Seorang ibu yang hamil dinasihatkan supaya melalui hari-hari kehamilannya dengan ceria tanpa bersusah hati. Walaupun terdapat beban kerja di pejabat mahupun di rumah, seboleh mungkin elakkan dari merasa tertekan. Ini kerana perlakuan dan emosi ibu sepanjang tempoh kehamilan turut mempengaruhi personaliti dan watak bayi apabila dilahirkan kelak.

Aku selalu memujuk hati supaya bersikap positif dan tidak begitu memikirkan segala perkara yang menyulitkan aku di waktu itu. Hasilnya anak yang aku lahirkan seorang yang ceria, suka ketawa, jarang menangis, tak banyak ragam dan mudah kubawa ke mana sahaja.

Pendekatan dalam mendidik anak

Setiap ibubapa pasti ada cara tersendiri dalam membesar dan mendidik anak-anak. Ada yang memilih untuk bertegas dan tak kurang juga yang memilih untuk menggunakan pendekatan secara lembut. Apa jua pilihan pasti ianya akan menyumbang dalam pembentukan personaliti anak-anak. Apa pun pendapat yang kita dengar mari kita lihat pendekatan yang disarankan oleh Rasulullah s.a.w yang menyatakan ada empat tahap mendidik anak iaitu:

TAHAP PERTAMA
Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (~6 tahun)
Hendaklah dibelai, diberi penuh kasih sayang dan selalu bergurau senda.

TAHAP KEDUA
Anak berumur 7 tahun sehingga baligh (~14 tahun)
Hendaklah dididik dengan arahan, disiplin dan diberi tanggungjawab.

TAHAP KETIGA
Anak berusia 15 tahun hingga dewasa (~21 tahun)
Hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi tidak bertentangan dengan .

TAHAP KEEMPAT
Anak berusia lebih daripada 21 tahun
Hendaklah diberi kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat. Ibu bapa hanya perlu menjadi penasihat agar segala tindakan mereka terkawal.

Wednesday 23 March 2011

Bangkitkan rasa seronok anak menggosok gigi


Terkenang time memula ajar Haziq gosok gigi.
Nampak dia teruja sangat... Nak pulak berus giginye yg cute dan berwarna-warni.
Tapi untuk sekali dua je dia dengar cakap. Lepas tu, taknak lagi mama buatkan. Dia nak gosok gigi sendiri.

Jenuh dah ajar dia berkumur. Tapi tiap kali itu jugalah air dan ubat gigi ditelannye...Sedap la kot rasa strawberry. Ntah kenapa semalam nak pulak dia dengar cakap. Pandai dah dia berkumur. Pasti aku lah insan yang paling happy...so... untuk membuat die lagi seronok gosok gigi aku nak mulakan something bermula malam ni, gosok gigi sambil nyanyi...lalalala.....Guna tune lagu Mulbery Bush


This is the way I brush my teeth
I brush my teeth
I brush my teeth
This is the way I brush my teeth
Early in the morning


Versi Bahasa Melayu
Ini cara gosok gigi
Gosok gigi, gosok gigi
Ini cara gosok gigi
Setiap hari

Friday 18 March 2011

1,2,3,4......ape tu

Hari ini genap usia anakku 1 tahun 6 bulan 19 hari. Erm...Dah boleh la sikit buat kawan borak. Kawan gelak tu memang selalu sangat...Nak pulak dia ni memang seorang yg mudah sangat ketawa dan juge suke menggelakkan orang...hehehe perangai sape la die ikut tu. Bukan aku sorang je kate, tapi pengasuhnye dan bekas2 pengasuhnye juga cakap macam tu.

Pengasuhnye yang pertame, aku panggil Kak Ain. Orangnye baik, lembut, cantik dan sangat pandai jaga budak. Tapi sayang dia pulak pindah balik kampung. Nak buka bisnes katenye, kedai makan. Ok la tu satu penghijrahan yg bagus.

Pengasuhnye yang kedua pulak, namenye...erm...aku rase Kak Ros kot. Aii camne aku bleh lupe ni, ni mesti sebab die tak berjaya menambat hatiku. Ade ke patut, bayar penuh dulu baru die nak jage? Lagi aku tak lupe, dah bayar penuh, boleh plak minta resign kate nak jadi cikgu tadika. Tapi aku halalkan lah sebab die pun dah jage anak aku beberape bulan.

Pengasuh yg ketiga plak aku panggil Kak Ita, orang Sabah bah. Comel dan lemah-lembut orangye tapi aku pulak yang pindah rumah.

Kini pengasuh yg keempat, aku panggil Kak Milah. Bersifat keibuan, dan yg paling aku suke tengok anak-anak die pandai hormat org tue. Alhamdulillah, aku harap biarlah Kak Milah mengasuhnye sampai ke besar. Lagi pun rumah kami dekat sgt...

Friday 11 March 2011

Balik kampung...


On the way nak balik kampung atuk... Kuala Lipis, Pahang.
Cian anak mama. Tup-tup bangun tidur dah ada dalam kereta. Mamai lagi ni...
Tapi kesian lagi mama. Papa kata nenek datang jemput jam 4:30 pagi.
Tunggu punya tunggu, jam 6:30 pagi baru Viva oren tu muncul  :)



Haziq sedang menyibukkan diri membantu atuk membersihkan bekas tadahan air.
Suka la Haziq tu dapat main air. Gara-gara baju yang basah,
Haziq jadi orang pertama yang mandi pagi...
 Sejuk.....







Di malam hari pula adalah acara makan-makan. Tengok tu...
Makan kepak ayam tak pelawa mama ye...




Ini antara orang kuat untuk menjayakan menu malam ini...
Ilham resepi dari Pak Long. Pak Long memang pandai bab masak-memasak ni,
 tengok perut la.... Ops!... Jangan marah...

Kejutan di usiamu 1 tahun 4 bulan




Pernah satu hari, anakku sedang asyik menonton tv. Aku tak pasti cerita atau rencana apa. Tapi yang pasti adalah mengenai kereta. Wau! Kecil-kecil lagi dah tunjuk minat pada kereta ye, anak laki-lakilah katakan... Aku sengaja mencuri perhatiannya, memulakan perbualan. Eh macamlah anakku itu dah pandai berborak,hehehe.

Antara dialogku..."Oooo....anak mama suke kereta ye. Kalau macam tu, nanti dah sekolah anak mama kena belajar rajin-rajin. Boleh masuk universiti then boleh beli kereta besar."Tanpa aku duga, anakku terus menuding jari menunjuk ke arah kereta mainannya. Tak la besar mana, tapi kereta itulah yang dinaikinya dalam rumah hari-hari tanpa rasa jemu. Aku betul-betul rasa teruja! Anakku telah memahami tutur kataku...... Pasti dia maksudkan...
"Mama, Haziq dah ade kereta tu...

Ingat tak lagu ni?


Sayalah permata anak kesayangan

kebanggaan ayah dan ibu

saya dibesarkan dengan kasih sayang

hanya yang terbaik untukku...

menjadi harapan di masa hadapan

sayalah anak yang cemerlang............


Ntah kenapa tiap kali menyanyikan lagu ini dengan bait-bait indahnya membuatkan aku rasa bahagia...

Thursday 10 March 2011

Kenalilah.....Cinta hatiku...


Inilah cinta hatiku.
Sangat comelkan? Macam aku dulu-dulu... : ) Tapi menurut mata lain yang memandang, puteraku ini sangat mirip papanya, bermata sepet. Tak kisah la mana-mana pun, yang nyata aku berbangga memiliki anak yang sangat comel dan bijak.

Lahirnya adalah detik yang sangat dinanti dan pastinya memberi debaran kepadaku. Alhamdulillah aku selamat melahirkan secara normal dengan berat bayi 3.18kg pada 27 Ogos 2009 menjelang 10:10 malam. Segalanya dipermudahkan bagiku...

Harapan dan doaku, semoga Eidil Haziq diberi nikmat kesihatan yang berpanjangan dan dimurahkan rezeki sepanjang masa. Juga membesar menjadi anak yang bijak pandai, soleh dan menyenangkan hati semua yang memandang... InsyaAllah.